Rabu, 5 Jun 2013

Urutan Refleksiologi





Refleksologi bukanlah satu pengubatan.  Dalam kaedah urutan refleksologi ini tiada ubat yang dimakan, tiada jarum yang ditusuk, tiada pembedahan yang dilakukan dan juga tiada kesan sampingan.  Rawatan melalui kaedah urutan refleksologi ini sangat berbeza dengan sistem perubatan biasa yang kebanyakannya menggunakan dadah dan tidak terlepas daripadanya kesan sampingan.  Juga kebanyakannya bukan menyembuhkan tetapi sekadar bertahan dari sakit.
Refleksologi juga bukan mengubat penyakit atau membenamkan penyakit, akan tetapi membetulkan sistem badan yang tidak betul sekaligus penyebab/punca kepada penyakit.  Apabila punca kepada penyakit sudah hilang, ini bermakna sudah selesai sakit tersebut/penyakit sudah pun sembuh. 

PENGERTIAN URUT REFLEKSOLOGI

Merupakan satu kaedah pemeliharaan kesihatan dan penyembuhan penyakit dengan cara menekan titik pusat uraf saraf yang ada di badan di mana titik pusat urat saraf tersebut berhubung dengan organ-organ tubuh berkaitan.

TUJUAN / MANFAAT URUT REFLEKSOLOGI PADA TUBUH

Kaedah rawatan refleksologi ini mempunyai pengaruh terhadap tubuh manusia dan memulihkan fungsi-fungsi anggta badan yang terganggu dengan cara menghilangkan penyebab dari gangguan itu sendiri iaitu pengaliran darah yang tidak lancar dalam badan serta saraf-saraf yang terganggu atau rosak.  Bila pengaliran darah di seluruh tubuh sudah normal dan lancar biasanya seseorang itu akan berada dalam keadaan sihat.  Jadi secara umumnya tujuan/manfaat rawatan refleksologi adalah untuk memastikan seseorang itu sentiasa dalam keadaan sihat.

CARA KERJA URUT REFLEKSOLOGI

Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah tapak kaki kita.  Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapat kelegaan daripada sakit dan kesakitan yang kita lihat seperti sakit jantung, pointnya ada pada kaki sebelah kiri.
Gambar di atas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat di kanan dan kiri kaki.
Ia sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir di tapak kaki kita.  Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.
Sebagaimana yang diketahui bahawa darah mengalir di dalam tubuh setiap masa.  Bila jantung menguncup, ia memberi tekanan kepada darah sehingga darah akan pergi ke seluruh tubuh untuk menjalankan fungsinya yang normal iaitu membawa oksigen dan zat-zat makanan untuk keperluan organ-organ tubuh.  Sebaliknya bila jantung mengembang, darah akan berbalik semula sambil membawa karbon dioksida serta sel-sel darah yang sudah mati atau kotoran untuk dihantar ke orga-organ pembuangan.  Semua kotoran yang sudah tidak diperlukan lagi oleh tubuh akan dibuang melalui air kencing.  Bila pengaliran darah ini lancar maka setiap organ akan dapat berfungsi secara normal.  Bila ini berlaku biasanya seseorang itu akan sihat.
Sebaliknya bila pengaliran darah pergi ke seluruh tubuh ( arteri ) tidak lancar maka penghantaran zat-zat makanan dan oksigen akan terganggu.  Biasanya proses ini berlaku dengan bermulanya penyumbatan pada arteri yang mana proses ini akan bertambah dari semasa ke semasa.  Penyakit terjadinya penyumbatan pada arteri ini disebut "arteriosclerosis".  Apabila keadaan ini berlaku, iaitu organ kekurangan makanan dan oksigen maka fungsinya akan terganggu.  Apabila fungsi organ terganggu, maka seseorang itu akan sakit.  Begitu juga bila sebaliknya, bila darah balik ( vena ) tidak lancar maka sebahagian kotoran atau toksid tidak akan terbuang.   Bila tidak terbuang kotoran itu akan mendap dalam organ-organ tubuh.  Sebahagian kotoran atau toksid itu juga akan mendap pada saluran darah balik ( vena ) yang pada akhirnya akan mengganggu fungsi organ-organ tubuh yang bersangkutan dan akhirnya akan terjadilah penyakit.  Penyakit terjadinya penyumbatan dalam saluran darah balik (vena) ini disebutkan dengan istilah "varicosevena".
Maka terapi urut refleksologi ini akan menanggalkan kotoran-kotoran  atau sumbatan pada saluran darah pergi ( arteri ) sehinggalah darah dapat mengalir dengan sempurna ke seluruh organ tubuh yang memerlukannya.  Tanpa adanya halangan, maka organ tubuh akan dapat bekalan yang cukup baik oksigen maupun zat-zat makanan dan pada akhirnya setiap organ itu akan dapat berfungsi dan menjalankan kerja-kerjanya dengan sempurna.  Ia juga akan menanggalkan kotoran-kotoran yang melekat dalam saluran darah balik (vena ) sehingga proses penghantaran darah yang mengandungi toksid samada karbn dioksida ataupun kotoran ataupun sel-sel yang sudah mati akan berjalan dengan baik, sehingga semua kotoran yang seharusnya terbuang akan dapat dibuang dengan sempurna.  

Kotoran-kotoran ini akan terbuang dengan melalui 4 cara :

1) Kencing
2) Berak
3) Peluh
4) Pernafasan

Diharap dengan penerangan yang ringkas ini dapatlah difahami bahawa betapa pentingnya penjagaan kedua-dua tapak kaki ini.  Gunalah kaedah urutan ini dalam merawat / memperbetulkan fungsi-fungsi organ dalam badan.  Dengan urutan ini ia akan melancarkan peredaran darah dalam badan sekaligus menyahkan punca kepada penyakit.  Anda boleh lakukannya sendiri di rumah.  Urutlah dengan memberi tumpuan kepada organ-organ yang disentuh.  Ini adalah kaedah terbaik dalam memberi keberkesanan pada setiap urutan.  Walau bagaimanapun, urutan yang berterusan dan buat sekerap mungkin adalah sangat membantu mempercepatkan pulih dari sakit. Perlu diingat juga, urutan refleksologi hanya dapat merawat kes-kes ringan sahaja.  Untuk kes-kes berat ia perlu disertai dengan kaedah rawatan bekam.  Maka bekam selepas mendapat urutan refleksologi adalah sangat-sangat bagus.   

Tindakbalas Selepas Urutan Refleksologi

* Kencing lebih kotor atau bau yang lebih busuk dari biasa.  Kadang-kadang ada yang keluar berpasir.
* Bahagian-bahagian tertentu dari anggota akan terasa sakit untuk beberapa ketika dan kemudian akan hilang dengan sendirinya atau kesakitan itu akan berpindah ke tempat lain.
* Rasa letih, lesu dan mengantuk.
* Timbul gatal-gatal pada kulit
* Berak cair atau berminyak
* Kepala terasa sakit
* Muntah-muntah
* Banyak buang angin
* Urat darah nampak timbul
* Berpeluh banyak dan kadang-kadang likat
* Rasa lebih ringan dan lebih cergas




Antra Jenis Rawatan yang di jalankan dan pelbagai ubat-ubatan yang dijual


Rawatan Bekam Hijamah







Rawatan Akupuntur















Urutan Tangan Terseliuh






Sijil Rawatan dan Pendaftaran Perhijam



Sijil Rawatan dari Perhijam


Sijil Pendaftaran Perhijam

Ubat dan supliment yang dijual kepada pelanggan


Ubat dan Pil Supliment


Air Yassin 5ml madu lebah dan sebagainya


Air Yassin 5ml

Minyak Urutan

SUNNAH DAN KEBAIKAN BERBEKAM



http://2.bp.blogspot.com/-CTod-pkv4FE/T563ww_XG6I/AAAAAAAAAII/5FD9cl1SSPA/s1600/uric.jpg

1.Kandungan uric acid tinggi pada sendi badan adalah akibat dari pemakanan yang bersumberkan makanan laut seperti sotong/udang/ketam dengan kekerapan dan kuantiti yang tinggi.Bila kandungan uric acid menjadi terlalu tinggi akan menyebabkan bengkak pada sendi dan terasa seperti kaca mencucuk dengan kesakitan yang amat sangat.Amalan berbekam sebulan sekali mampu mengeluarkan darah kotor bersama uric acid semasa proses berbekam dijalankan,insyaAllah anda dihindari dari penyakit Gout dan juga Artritis.

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari


 
2.Alhamdulillah ramai pengidap penyakit darah tinggi mulai pulih dan tidak lagi mengambil ubatan moden setelah berbekam secara konsisten sebulan sekali.Penyakit darah tinggi perlu rawatan bekam yang konsisten kerana jika dibiarkan kita akan terdedah pada serangan jantung,strok dan kerosakan buah pinggang.




3.Bagi pesakit yang menghidapi masalah gatal-gatal kulit akibat alergi pada makanan tertentu,saya syor anda berbekam sebulan sekali.Punca alergi/gatal-gatal ini ialah akibat penurunan sistem antibodi badan kerana bebanan organ dalaman akibat peningkatan toksid pada saluran darah.Khasiat berbekam seperti yang saya nyatakan dahulu mampu meningkatkan sistem antobodi badan dan membuang segala toksid/darah kotor pada sistem saluran darah badan.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A

 

4.Bagi mereka yang sukar mendapat anak,anda disyorkan berbekam suami isteri sebulan sekali sebanyak 3 kali sesi dan mengamalkan minum madu asli setiap hari juga selama 3 bulan,insyaAllah tahap kesuburan anda meningkat dan peluang kebarangkalian untuk mendapat zuriat juga adalah tinggi..

Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari


 

5.Amalan berbekam mengikut kajian moden mampu menurunkan gula berlebihan dalam saluran darah.Di Malaysia ini purata pengidap penyakit diabetes adalah dikalangan umur 40an dek kerana pankreas mereka mengalami kehausan dalam penghasilan insulin akibat dikerah bekerja keras dalam jangkamasa yang panjang setiap hari.Kenapa pankreas boleh haus ? Apabila kita kerap mengambil makanan bergula dan nasi secara rutin harian,secara tak langsung gula dalam saluran darah agak tinggi dan pankreas dalam masa 24jam tidak berhenti dalam proses pengeluaran insulin.Bila kita konsisten menjalani rawatan bekam sebulan sekali,gula dalam saluran darah secara tak langsung berkurangan dan pankreas hanya bekerja 12jam sehari dan bukannya 24jam seperti yang lepas-lepas dan ini secara tak langsung dapat mencegah kita dari terkena penyakit kencing manis/diabetes atau kata lainnya simptom kehausan pankreas menghasilkan insulin...

 Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari

Selasa, 4 Jun 2013

Jadual dan waktu rawatan


Brother Is Body Massage: Menjalankan rawatan pada setiap hari termasuk pada hari cuti Am Sabtu dan Ahad. Waktu rawatan dijalankan adalah:

ISNIN - KHAMIS dan SABTU-AHAD
10.00 pagi - 12.tgh malam

JUMAAT
9.00 pagi - 12.30tgh
sambung sesi petang
2.30 ptg - 12.00 tgh malam

Nota:(Lebih elok untuk membuat sebarang temujanji dahulu sebelum sesi rawatn untuk memudahkan rawatan dijalankan tanpa menunggu lebih lama)



Brother Is Body Massage: Rawatan urutan badan kaedah tradisional secara islam untuk Lelaki, juga menyediakan rawatan Bekam Hijammah, Akupuntur, Refleksiologi, Terapi Slimming dan Tenaga Batin, Rendaman Ais Garam Shifa' dan Kursus Rawatan Alternatif untuk (Bekam dan Reflek). Bagi Wanita hanya menjalankan rawatan urutan dan bekam sahaja, untuk keterangan lanjut sila hubungi kami di: 0192213772 Alamat: Wisma Hozin, Lot 1874, Batu 7 Meru, 41050 Klang, Selangor Darul Ehsan.

Isnin, 3 Jun 2013

Akupuntur






Akupunktur adalah kaedah merawat penyakit yang melibatkan saraf.Terdapat titik-titik akupunktur yang sangat efektif pada tubuh badan manusia yang boleh merawat berbagai jenis penyakit.

Penyakit-penyakit yang boleh dirawat dengan kaedah akupunktur seperti:

1.Arthritis/sakit pada setiap persendian
2.Sakit belakang/pinggang
3.Salah urat/terseliuh
4.Urat saraf
5.Stroke/Angin Ahmar
6.Kekejangan
7.Athsma
8.Darah tinggi dan sakit kepala
9.Sinusitis dan lain-lain lagi

Rawatan menggunakan jarum akupunktur yang halus,tajam dan telah diseteril serta pakai-buang.Tidak menyakitkan.masa yang diambil untuk rawatan 1 hingga 2 jam bergantung kepada jenis penyakit.


Akupuntur dengan herba 'moxa' sangat efektif untuk masalah urat saraf

AKUPUNKTUR
Akupunktur adalah kaedah penyelitan jarum-jarum halus secara perlahan ke dalam kawasan atau titik tertentu pada tubuh badan untuk merangsang pengaliran Qi (disebut sebagai chee) iaitu kuasa penyembuhan tenaga secara semulajadi. Kadang kala , selain menyelitkan atau menyucuk jarum akupunktur , para doktor mungkin memilih untuk menggunakan kaedah akupunktur menahan untuk merangsang pada masa yang lama atau panjang atau mungkin menggunakan haba . Teknik penggunaan haba dikenali sebagai "Moxibustion" dan penggunaan tenaga elektrik dipanggil "Electrostimulation". Jarum akupunktur yang digunakan mestilah disterilkan dan keseluruhannya adalah jenis yang pakai-buang
Akupunktur adalah sama seperti rawatan menggunakan herba dan kaedah ini adalah bebas daripada sebarang penggunaan dadah. Rawatan ini juga tidak mempunyai kesan sampingan dan berkait rapat dengan perubatan yang digunakan . Seseorang itu seharusnya memberitahu doktor jika mengambil sebarang ubat atau sedang mengandung pada masa rawatan akupunktur dijalankan . Jika seseorang itu menggunakan pengatur denyut jantung dan kosmetik implan ianya haruslah memaklumkan terlebih dahulu kepada doktor anda . Akunpunktur selalunya digunakan bersama dengan ubat-ubatan yang lain untuk menambahkan keberkesanannya . Ia digunakan untuk mengawal kesakitan selepas perubatan dan prosedur pergigian dijalankan . Ia digunakan untuk meningkatkan tahap kesihatan sekaligus menggalakkan penyembuhan dan pengurangan kesan sampingan kebanyakan jenis dadah termasuk ‘ Chemotherapy ’ .

AKUPUNKTUR TIDAK MENYAKITKAN
Rawatan akupunktur menyakitkan hanya apabila jarum diselit atau dicucuk ke bahagian kulit . Kesakitan ini hanya mengambil masa antara 10 - 15 saat . Dimana jarum yang digunakan adalah sangat halus . Akupunktur adalah sangat berkesan dikawasan dimana ubat-ubatan biasanya tidak begitu berkesan seperti wabak yang teruk , pengawal kesakitan dan pengurang tekanan .

PERBEZAAN AKUPUNKTUR BARAT DAN TIMUR
Akupunktur barat adalah untuk mengenalpasti wabak penyakit , mengenalpasti patogen dan untuk mengenalpasti ketidakseimbangan dalam tubuh samada akibat tindakan kuman , bakteria , ketidaknormalan biokimia atau pengumpulan darah dalam salur darah . Manakala dalam perubatan akupunktur timur iaitu perubatan China , ia menggunakan akupunktur untuk mengenalpasti tahap kesihatan dan juga fungsi status Qi , darah , kahak dan cairan badan . Bagi doktor perubatan barat pula , ia memeriksa pesakit dan membuat diagnosis terlebih dahulu dengan berpandukan karektor fizikal iaitu menggunakan 12 meridian akupunktur ianya daripada lidah pesakit – samada ia berselaput atau tidak , bentuknya dan pergerakannya . Ia juga melibatkan pemerhatian kepada keseluruhan fizikal pesakit iaitu muka , kulit , kuku dan mata . Jadi para doktor barat akan mengdiagnosis status Qi samada lemah , tidak berfungsi atau sesak . Mereka juga akan memeriksa untuk 4 pengaruh luar seperti haba, kelembapan, kekeringan dan angin.
Mengikut paradigma perubatan timur, akupunktur adalah menggunakan konsep Qi. Di barat pula , akupunktur dinyatakan sebagai tenaga bioelektrik . Ia tidak boleh dilihat menggunakan mikroskop, tidak boleh dikesan menggunakan peralatan saintifik dan tidak boleh dipisahkan daripada substratnya .
Akunpunktur adalah untuk memelihara kesihatan pada peringkat Qi . Satu lagi konsep timur ialah Yin dan Yang . Yin adalah kualiti feminin pada alam semesta dan Yang ialah maskulin pada alam semesta . Dalam perubatan barat , Yin adalah anatomi manakala Yang ialah fisiologi . Dalam perubatan timur , Yin adalah darah manakala Yang adalah tenaga Qi .



FUNGSI 'Qi'
Lima fungsi utama Qi ialah ;
  • 1) Desakan- iaitu pembesaran dan pembangunan tubuh badan
  • 2) Pengekalan haba badan pada suhu yang sesuai
  • 3) Melindungi badan daripada tekanan dan patogen
  • 4) Mengawal darah dan cairan badan dalam tubuh
  • 5) Memetabolismakan Qi , darah dan cairan badan


FUNGSI AKUPUNKTUR
Akupunktur ialah cara untuk penyembuhan secara semulajadi dan meningkatkan fungsi didalam badan . Ia dilakukan dengan memasukkan , menyelit atau menyucuk beberapa jumlah jarum yang dibekalkan dengan haba atau arus elektrik pada merata-rata titik akupunktur . Masyarakat China mentafsirkan akupunktur sebagai Qi atau tenaga yang mengalir melalui rangkaian atau saluran didalam badan . Rangkaian atau saluran ini dipanggil meridian . Meridian adalah seperti sungai yang mengalir ke seluruh badan dan memberi khasiat dan nutrien pada tisu .
Gangguan atau halangan pada tenaga ( Qi ) , darah dan cairan akan membawa kepada ketidak fungsian dan penyakit serta kematian . Rawatan akupunktur boleh membantu organ dalaman , tisu yang bergabung , meningkatkan pencernaan dan penghasilan tenaga .
Sains moden menerangkan fungsi akupunktur adalah penyucukkan jarum-jarum akupunktur pada titik rangsangan tertentu merangsang sistem urat saraf untuk melepaskan neuroprotein dan maklumat neuro yang terletak didalam paket pada otot , kordaspinel dan otak khususnya untuk pelepasan endorfin , enkefalin dan dinorfin yang dikenal pasti berlaku ditengah-tengah bahagian otak .
Prinsip perubatan China adalah seimbang dan harmoni diantara Yin dan Yang Keseimbangan Yin dan Yang adalah tahap kesihatan badan , minda dan semangat . Dalam sains moden , kesihatan ialah pergerakan elektron . Elektron dalam sel bertindak berpandukan paten atau corak tersendiri . Bioelektron ini bergerak dengan seimbang dan harmoni . Tenaga bergerak dalam meridian adalah secara langsung dan tidak langsung , pergerakan bioelektron . Meridian adalah laluan dimana bioelektron bergerak lebih kerap daripada bahagian lain badan .
Apabila cas positif dan negatif daripada pergerakan bioelektrik tidak seimbang. Yin dan Yang juga turut tidak seimbang . Ini akan mengakibatkan salah fungsi dan penyakit . Lebih banyak rawatan akupunktur diambil atau diterima , lebih lama pergerakan bioelektron yang normal berlaku sehingga sel-sel tidak ada yang berada dalam keadaan tidak normal . Pada tahap ini , keadaan pesakit adalah seimbang dan sihat sepenuhnya .

AKUPUNKTUR TANPA JARUM


  • Ya ada , yang paling umum , akupunktur yang tidak menggunakan jarum adalah auricular therapy dimana rangsangan elektrik akupunktur dikenakan pada titik-titik tertentu di telinga .
  • Telinga adalah sistem mikro untuk seluruh badan dengan lebih 200 titik akupunktur wujud untuk mengdiognesis dan rawatan .
  • RUJUKAN
    1. AMERICAN WHOLE HEALTH INC.
    2. Website – http : //www. Americanwholehealth.com/library/acupuncture/acufaq . htm
    3. ACUPUNCTURE . com
    4. Website – http : //www . Acupuncture . com/Acup/Aculnd . htm#PrAculnfo
    5. Akpata , L . ( 1979 ) The Practice Of Herbalism In Nigeria . In African Medicinal Plants .
    6. John Wiley And Sons Limited – Medicinal Plants And Traditional Medicine In Africa