Akupunktur
adalah kaedah merawat penyakit yang melibatkan saraf.Terdapat
titik-titik akupunktur yang sangat efektif pada tubuh badan manusia yang
boleh merawat berbagai jenis penyakit.
Penyakit-penyakit yang boleh dirawat dengan kaedah akupunktur seperti:
1.Arthritis/sakit pada setiap persendian
2.Sakit belakang/pinggang
3.Salah urat/terseliuh
4.Urat saraf
5.Stroke/Angin Ahmar
6.Kekejangan
7.Athsma
8.Darah tinggi dan sakit kepala
9.Sinusitis dan lain-lain lagi
Rawatan
menggunakan jarum akupunktur yang halus,tajam dan telah diseteril serta
pakai-buang.Tidak menyakitkan.masa yang diambil untuk rawatan 1 hingga 2
jam bergantung kepada jenis penyakit.
Akupuntur dengan herba 'moxa' sangat efektif untuk masalah urat saraf
AKUPUNKTUR
Akupunktur
adalah kaedah penyelitan jarum-jarum halus secara perlahan ke dalam
kawasan atau titik tertentu pada tubuh badan untuk merangsang
pengaliran Qi (disebut sebagai chee) iaitu kuasa penyembuhan tenaga
secara semulajadi. Kadang kala , selain menyelitkan atau menyucuk jarum
akupunktur , para doktor mungkin memilih untuk menggunakan kaedah
akupunktur menahan untuk merangsang pada masa yang lama atau panjang
atau mungkin menggunakan haba . Teknik penggunaan haba dikenali sebagai
"Moxibustion" dan penggunaan tenaga elektrik dipanggil "Electrostimulation". Jarum akupunktur yang digunakan mestilah disterilkan dan keseluruhannya adalah jenis yang pakai-buang
Akupunktur
adalah sama seperti rawatan menggunakan herba dan kaedah ini adalah
bebas daripada sebarang penggunaan dadah. Rawatan ini juga tidak
mempunyai kesan sampingan dan berkait rapat dengan perubatan yang
digunakan . Seseorang itu seharusnya memberitahu doktor jika mengambil
sebarang ubat atau sedang mengandung pada masa rawatan akupunktur
dijalankan . Jika seseorang itu menggunakan pengatur denyut jantung dan
kosmetik implan ianya haruslah memaklumkan terlebih dahulu kepada
doktor anda . Akunpunktur selalunya digunakan bersama dengan
ubat-ubatan yang lain untuk menambahkan keberkesanannya . Ia digunakan
untuk mengawal kesakitan selepas perubatan dan prosedur pergigian
dijalankan . Ia digunakan untuk meningkatkan tahap kesihatan sekaligus
menggalakkan penyembuhan dan pengurangan kesan sampingan kebanyakan
jenis dadah termasuk ‘ Chemotherapy ’ .
AKUPUNKTUR TIDAK MENYAKITKAN
Rawatan
akupunktur menyakitkan hanya apabila jarum diselit atau dicucuk ke
bahagian kulit . Kesakitan ini hanya mengambil masa antara 10 - 15 saat
. Dimana jarum yang digunakan adalah sangat halus . Akupunktur adalah
sangat berkesan dikawasan dimana ubat-ubatan biasanya tidak begitu
berkesan seperti wabak yang teruk , pengawal kesakitan dan pengurang
tekanan .
PERBEZAAN AKUPUNKTUR BARAT DAN TIMUR
Akupunktur
barat adalah untuk mengenalpasti wabak penyakit , mengenalpasti
patogen dan untuk mengenalpasti ketidakseimbangan dalam tubuh samada
akibat tindakan kuman , bakteria , ketidaknormalan biokimia atau
pengumpulan darah dalam salur darah . Manakala dalam perubatan
akupunktur timur iaitu perubatan China , ia menggunakan akupunktur
untuk mengenalpasti tahap kesihatan dan juga fungsi status Qi , darah ,
kahak dan cairan badan . Bagi doktor perubatan barat pula , ia
memeriksa pesakit dan membuat diagnosis terlebih dahulu dengan
berpandukan karektor fizikal iaitu menggunakan 12 meridian akupunktur
ianya daripada lidah pesakit – samada ia berselaput atau tidak ,
bentuknya dan pergerakannya . Ia juga melibatkan pemerhatian kepada
keseluruhan fizikal pesakit iaitu muka , kulit , kuku dan mata . Jadi
para doktor barat akan mengdiagnosis status Qi samada lemah , tidak
berfungsi atau sesak . Mereka juga akan memeriksa untuk 4 pengaruh luar
seperti haba, kelembapan, kekeringan dan angin.
Mengikut
paradigma perubatan timur, akupunktur adalah menggunakan konsep Qi. Di
barat pula , akupunktur dinyatakan sebagai tenaga bioelektrik . Ia
tidak boleh dilihat menggunakan mikroskop, tidak boleh dikesan
menggunakan peralatan saintifik dan tidak boleh dipisahkan daripada
substratnya .
Akunpunktur
adalah untuk memelihara kesihatan pada peringkat Qi . Satu lagi konsep
timur ialah Yin dan Yang . Yin adalah kualiti feminin pada alam
semesta dan Yang ialah maskulin pada alam semesta . Dalam perubatan
barat , Yin adalah anatomi manakala Yang ialah fisiologi . Dalam
perubatan timur , Yin adalah darah manakala Yang adalah tenaga Qi .
FUNGSI 'Qi'
Lima fungsi utama Qi ialah ;- 1) Desakan- iaitu pembesaran dan pembangunan tubuh badan
- 2) Pengekalan haba badan pada suhu yang sesuai
- 3) Melindungi badan daripada tekanan dan patogen
- 4) Mengawal darah dan cairan badan dalam tubuh
- 5) Memetabolismakan Qi , darah dan cairan badan
FUNGSI AKUPUNKTUR
Akupunktur
ialah cara untuk penyembuhan secara semulajadi dan meningkatkan fungsi
didalam badan . Ia dilakukan dengan memasukkan , menyelit atau
menyucuk beberapa jumlah jarum yang dibekalkan dengan haba atau arus
elektrik pada merata-rata titik akupunktur . Masyarakat China
mentafsirkan akupunktur sebagai Qi atau tenaga yang mengalir melalui
rangkaian atau saluran didalam badan . Rangkaian atau saluran ini
dipanggil meridian . Meridian adalah seperti sungai yang mengalir ke seluruh badan dan memberi khasiat dan nutrien pada tisu .
Gangguan
atau halangan pada tenaga ( Qi ) , darah dan cairan akan membawa
kepada ketidak fungsian dan penyakit serta kematian . Rawatan
akupunktur boleh membantu organ dalaman , tisu yang bergabung ,
meningkatkan pencernaan dan penghasilan tenaga .
Sains
moden menerangkan fungsi akupunktur adalah penyucukkan jarum-jarum
akupunktur pada titik rangsangan tertentu merangsang sistem urat saraf
untuk melepaskan neuroprotein dan maklumat neuro yang terletak didalam
paket pada otot , kordaspinel dan otak khususnya untuk pelepasan endorfin , enkefalin dan dinorfin yang dikenal pasti berlaku ditengah-tengah bahagian otak .
Prinsip
perubatan China adalah seimbang dan harmoni diantara Yin dan Yang
Keseimbangan Yin dan Yang adalah tahap kesihatan badan , minda dan
semangat . Dalam sains moden , kesihatan ialah pergerakan elektron .
Elektron dalam sel bertindak berpandukan paten atau corak tersendiri .
Bioelektron ini bergerak dengan seimbang dan harmoni . Tenaga bergerak
dalam meridian adalah secara langsung dan tidak langsung , pergerakan
bioelektron . Meridian adalah laluan dimana bioelektron bergerak lebih
kerap daripada bahagian lain badan .
Apabila
cas positif dan negatif daripada pergerakan bioelektrik tidak
seimbang. Yin dan Yang juga turut tidak seimbang . Ini akan
mengakibatkan salah fungsi dan penyakit . Lebih banyak rawatan
akupunktur diambil atau diterima , lebih lama pergerakan bioelektron
yang normal berlaku sehingga sel-sel tidak ada yang berada dalam
keadaan tidak normal . Pada tahap ini , keadaan pesakit adalah seimbang
dan sihat sepenuhnya .
AKUPUNKTUR TANPA JARUM
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan